Pencegahan Merokok Dikalangan Remaja




1.   Tembakau/Merokok Dan Kesan Penggunaannya.

1.1.   Pengenalan.

1.1.1.  Sejarah awal penggunaan tembakau.



Nama saintifiknya Nicotina tobacum.

Tembakau telah diperkenalkan oleh kaum “Red Indian” Amerika Utara dan dibawa ke Eropah pada kurun ke 16 oleh Christopher Columbus. Sejak itu penggunaan tembakau menular ke seluruh dunia. Di samping itu, ianya juga digunakan untuk tujuan pengubatan cacing dengan cara dimasukkan melalui dubur. Ada juga yang dihisap dalam upacara keagamaan.Rokok telah dijadikan secara komersial oleh penjajah di Malaysia semasa perang Dunia kedua.



1.1.2.   Jenis-jenis hasil tembakau.



Terdapat tembakau atau hasil tembakau yang digunakan terus dalam bentuk seperti curut atau sentel dan ada juga diproses untuk dihisap menggunakan paip atau digulung di dalam daun nipah serta dihisap sebagai rokok daun. Tembakau yang diproses selanjutnya dengan mencampur ribuan bahan kimia lain dan digulung di dalam kertas yang kemudiannya dijual secara komersial besar-besaran sebagai rokok yang dikilang.



1.2.   Situasi penggunaan rokok semasa.



1.2.1.  Dunia



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (W.H.O.) menganggarkan terdapat terdapat 1.5 ribu juta perokok di seluruh dunia.

Penggunaan tembakau menyebabkan 4 juta kematian setiap tahun atau 10,000 kematian setiap hari.

Tren merokok (peratus) di negara membangun  meningkat manakala di negara maju pula menunjukkan penurunan yang sebaliknya menunjukkan kesedaran di negara maju untuk tidak merokok atau berhenti dari merokok adalah tinggi. Ini jelas menunjukkan bahawa kemajuan sesuatu masyarakat bukannya bergantung kepada peningkatan kepada penggunaan rokok.

           

1.2.2.   Malaysia.



Tinjauan kesihatan dan mobiditi kebangsaan ke dua (National Health and Morbidity Survey II) (NHMS2)  tahun 1996 menunjukkan 16.7% remaja (12 hingga 18 tahun) merokok. 30% adalah remaja lelaki manakala 5% adalah remaja perempuan. Kebanyakan remaja mula belajar merokok apabila umur mulai meningkat.

Kajian Lepak 1994 (Kementerian Belai dan Sukan) menunjukkan bahawa 74% remaja yang melepak adalah perokok.



Perokok remaja lelaki adalah paling ramai di tingkatan  4 & 5 di kawasan luar bandar. Kadar merokok di kalangan remaja perempuan pula lebih cepat meningkat berbanding lelaki khususnya di kawasan bandar. Bagaimanapun sehingga kini majoriti remaja memilih untuk tidak merokok.



Dianggarkan sebanyak 3,500 kematian berlaku di Malaysia setiap tahun berhubung dengan penggunaan tembakau. Bagaimanapun angka ini hanyalah di kalangan kematian yang dilaporkan di hospital kerajaan sahaja. Jika diambil kira angka  keseluruhan, dianggarkan seramai 10 ribu orang yang mati akibat tembakau setiap tahun di Malaysia.



1.3.   Isi kandungan asap rokok.



Terdapat lebih dari 4,000 jenis bahan kimia yang dikenalpasti .



Antaranya yang paling berbahaya:



TAR
BUTANE
NICOTINE
Polonium-210
Karbon Monoksida
Potassium-40
Acetone (pelekang cat)
Cadmium
(bateri kereta)
Naphthylamine
(ubat  gegat)
Tolodine
Benzopyrine
Methanol
(bahan api Roket)
Vinyl Chloride
Arsenic
(racun anai- anai)
Naphthalene
Ammonia
(pembersih lantai)
Dimethinitrosamine
Toulene
(bahan pelarut)
DDT (racun serangga)           
Dibenzacridine
Urethane
Hydrogen Cyanide
Pyrene
Vinylchloride



Nota: Bertulisan italic adalah bahan-bahan yang dikenalpasti sebagai penyebab kanser.



1.4.   Bahaya merokok.



Terdapat 40 jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok.



1.4.1.   Terhadap perokok.



·    Kanser

·    Nafsu Seks Menurun/Mati Pucuk.

·    Sakit Jantung.

·    Penyempitan Saluran Darah.

·    Angin Ahmar/Stroke.

·    Ulser Peptik.

·    Bronkitis Kronik.

·    Emphysema.

·    Buta.

·    Penyakit Asthma Bertambah Buruk.



1.4.2.  Terhadap orang lain/perokok pasif.



1.4.2.1.  Apakah Perokok Pasif



Perokok Pasif adalah mereka yang tidak merokok tetapi berada di sek liling perokok dan turut menyedut asap rokok yang dihembus oleh perokok.



Rokok yang menyala mengeluarkan dua jenis asap iaitu;

·   Asap aliran utama  - Asap yang dihisap oleh perokok. (25% asap)

·   Asap aliran sisi  - Asap yang dibebaskan di sisi rokok.

                               (75-80% asap)



Kombinasi asap yang dihembus oleh perokok dan asap aliran sisi dipanggil asap rokok sekitaran/ETS yang mengandungi konsentrasi/kepekatan kimia yang tinggi kerana asap aliran sisi tidak melalui tapisan/filter.



75% dari asap rokok akan dihembus keluar oleh perokok dan kemudiannya disedut oleh perokok pasif.



1.4.2.2.  Kesan bahaya asap rokok kepada perokok pasif

·    

·   Kanser paru-paru

·   Sakit jantung

·   Asthma bertambah teruk.

·   Ibu hamil mengalami rencatan pembesaran anak dalam rahim.

·   Ibu melahirkan anak yang mempunyai kurang berat badan.

·   Kanak-kanak mudah terdedah kepada infeksi saluran per nafasan.

·   Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu.



1.4.3.  Merokok dan fungsi seks.



·    Nafsu seks menurun/mati pucuk.

·    Kurang kesuburan sperma.



1.4.4.  Merokok dan ketrampilan diri.



·    Gigi menjadi kunig dan tidak berseri.

·    Jari menjadi kuning.

·    Badan dan pakaian berbau busuk.

·    Bibir hitam.

·    Cepat beruban.

·    Kulit cepat berkedut.



1.4.5.  Merokok dan kehamilan.



·    Risiko keguguran janin.

·    Kematian bayi kurang dari 6 bulan meningkat antara 25% hingga 50%.

·    Meningkatkan risiko kelahiran tidak cukup bulan

·    Mengurangkan pembesaran dada, kepala dan saiz bayi.

·    Mengurangkan keupayaan fungsi jantung dan paru-paru bayi.



1.4.6.  Merokok dan persekitaran.



25% daripada kebakaran bangunan dan harta benda berpunca dari rokok.

                        Puntung rokok yang dibuang boleh menyumbat saluran air buangan sehingga menyebabkan pencemaran alam dan pembiakan serangga pembawa penyakit.



1.4.7.  Hubungkait rokok, dadah dan AIDS.



99% penagih dadah adalah bermula sebagai penghisap rokok. Majoriti pesakit AIDS di Malaysia adalah terdiri daripada golongan penagih dadah. Penagih dadah juga adalah golongan yang paling kerap melakukan jenayah.





2.   Kenapa remaja mesti tidak merokok



2.1.   Sebab-sebab remaja merokok.



2.1.1.  Sebab psikologi.



·    Naluri ingin mencuba.

·    Ingin membuktikan kedewasaan.

·    Lemah Jatidiri.



2.1.2.  Sebab sosial.



·    Pengaruh rakan sebaya.

·    Menyahut cabaran rakan.

·    Mencontohi keluarga sendiri yang merokok.

·    Mencontohi idola yang merokok.



2.1.3.  Sebab persekitaran.



·    Pengaruh dari iklan.

·    Mudah diperolehi.

·    Mampu dibeli.



2.2.    Salah persepsi  tentang merokok.



PERSEPSI REMAJA MEROKOK
FAKTA SEBENAR
2.2.1. Merokok melambangkan kedewasaan
Ramai remaja yang tidak merokok didapati lebih matang dan dewasa
2.2.2. Merokok mudah dapat kawan
Dengan tidak merokok menyebabkan remaja mendapat kawan lebih ramai kerana majoriti remaja adalah tidak merokok
2.2.3. Merokok sumber ilham
Kebanyakan remaja yang merokok terlibat dalam kegiatan anti sosial atau salah laku
2.2.4. Merokok melambangkan macho bagi lelaki dan trendy untuk perempuan
Merokok mempercepatkan ketuaan dan melemahkan stamina diri
2.2.5. Merokok mengekalkan
Tiada guna berbadan langsing kalau kulit berkedut dan muka pucat. Terdapat cara lain yang lebih baik iaitu melakukan senaman dan pemakanan sihat.



2.3.   Alternatif untuk mencapai kepuasan diri tanpa rokok.



·   Perkhemahan.

·   Rekreasi.

·   Riadhah/sukan.

·   Berpersatuan.

·   Hobi yang berfaedah.

·   Mendampingi keluarga.

·   Melaksanakan suruhan agama.



2.4.    Undang-undang dan hukum-hakam agama.



Undang-undang berkaitan rokok



Peraturan 8A yang terdapat di dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 1993, melarang sebarang penjualan, pemilikan dan menghisap rokok kepada mereka yang berumur di bawah 18 tahun.

Peraturan 10(1) pula melarang kegiatan menghisap rokok ditempat-tempat seperti  Lampiran 2.



Sesiapa yang mengingkari peraturan-peraturan di atas dianggap melakukan kesalahan dan boleh dikompaun sehingga RM 1,000. Dan jika disabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 5,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.

           

Jumlah kompaun yang diperolehi:

                       

Tahun
Jumlah kompaun
1997

1998

1999




2.5.   Hukum hakam agama



Banyak negara-negara Islam di dunia seperti Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Kuwait, Sudan, Pakistan, Mesir, Bangladesh dan Malaysia telah menfatwakan bahawa merokok itu haram.



Firman Allah yang mafhumnya, “Dan belanjalah pada jalan Allah dan jangan kamu mencampakkan diri ke jalan kebinasaan dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah sangat suka kepada mereka yang melakukan kebaikan.”  (Al-Baqarah:195)



Firman Allah yang mafhumnya, “Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang”  (An-Nisaa’:29)



Sabda Nabi s.a.w. yang maksudnyanya “Sesiapa yang membunuh diri dengan meminum racun maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahannam”  (Daripada Abu Hurairah r.a.)



Lain-lain agama seperti Buddha, Sikh, Hindu, Kristian dan sebagainya juga melarang atau tidak menyukai pengikutnya menghisap rokok.



2.6.   Kemestian untuk tidak merokok.



Kenapa remaja mesti membuat keputusan untuk tidak merokok?.



·   Merokok menyebabkan ketagihan.

·   Merokok mendorong kepada kegiatan salah-laku sosial.

·   Tidak merokok akan mempastikan badan sentiasa sihat, segak dan anggun.

·   Lebih yakin diri.

·   Deria merasa dan menghidu lebih baik.

·   Nafas tidak berbau busuk.

·   Memanjangkan hayat yang cergas dan berkualiti.

·   Majoriti remaja yang tidak merokok bijak dan disenangi oleh kawan-kawan.

·   Membebaskan diri daripada perasaan bersalah kepada keluarga.

·   Tidak tergolong dalam golongan berisiko tinggi untuk mendapat                 penyakit berbahaya.

·   Membantu mewujudkan masyarakat yang sihat dan bebas dari asap rokok.

·   Tidak membahayakan keluarga dan rakan-rakan yang tidak                 merokok (perokok pasif).

·   Majoriti jaguh sukan ternama tidak merokok.



2.7.   Kesimpulan



Memilih untuk tidak merokok adalah suatu pendirian dan tindakan terpuji. Ia sebenarnya bermakna para pelajar telah memilih untuk berada dalam kumpulan majoriti remaja yang berwawasan, bakal pemimpin negara Malaysia yang serba maju pada masa hadapan.



Tahniah. Para pelajar adalah selayaknya menerima penghargaan dari sesiapa sahaja termasuk ibu bapa dan guru-guru.



Bulatkan tekad, perkuatkan semangat dan perkukuhkan pendirian.



Berbanggalah dengan tindakan anda. Anda akan menjadi pelajar contoh, remaja yang cemerlang dan pemimpin yang gemilang.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes