Pendidikan Pencegahan HIV/Aids



Kefahaman yang mendalam mengenai HIV/AIDS samada dari segi CARA TRANSMISI, CARA PENCEGAHAN, PENCEGAHAN SEJAGAT dan PENGURUSAN JENAZAH adalah amat penting dalam usaha untuk mencegah wabak penyakit ini dari terus merebak. Memandangkan sehingga ini masih tiada lagi rawatan yang dapat menyembuhkan HIV/AIDS maka angkah-langkah pencegahan adalah strategi yang terbaik dan perlu diberi keutamaan
 
CARA PENCEGAHAN 
Memandangkan TIADA ubat atau rawatan yang dapat menyembuhkan HIV/ AIDS setakat ini, maka langkah-langkah pencegahan adalah satu cara yang terbaik bagi mengawal jangkitan HIV/AIDS ini. Mengambil langkah-langkah pencegahan awal adalah langkah bijak dalam usaha mencegah HIV/AIDS.
  • Menghindari seks di luar perkahwinan.
  • Elakkan hubungan seks dengan mereka yang tidak dikenal pasti latar belakangnya.
  • Elakkan hubungan seks dengan berbilang pasangan.
  • Menggunakan kondom jika isteri atau suami telah dijangkiti.
  • Jangan melakukan hubungan seks sejenis.
  • Jangan berkongsi peralatan peribadi seperti pisau cukur, berus gigi dan lain-lain peralatan yang boleh dicemari oleh darah
  • Jangan menderma darah atau organ badan jika anda dijangkiti.
  • Jangan menagih dadah.
  • Hindari dari perkongsian jarum dan alat suntikan.
  • Elakkan diri daripada bercukur di kedai gunting rambut atau pendandan rambut di mana anda terpaksa berkongsi pisau cukur atau gunakan pisau cukur pakai buang.
  • Bagi ibu-ibu yang dijangkiti elakkan dari mengandung.
  • Sebagai langkah asas berilah didikan ugama dan moral kepada anak- anak supaya dapat membentuk satu tingkah laku yang positif dan mengelakkan tingkah laku yang berisiko tinggi.
Jika anda didapati HIV Positif
Anda akan diberikan rawatan yang perlu beserta kaunseling perubatan mengenai AIDS dan cara-cara untuk menjaga kesihatan dan bagaimana untuk mencegah penyebaran penyakit ini kepada orang lain.


Langkah keselamatan untuk pesakit AIDS:,
  • Simpan nombor-nombor telefon yang penting
  • Pastikan rumah anda adalah selamat
  • Pastikan peralatan peribadi yang penting boleh didapati dengan mudah seperti sarung tangan pakai-buang, tuala wanita dan lampin
  • Anda tidak boleh menderma darah
  • Amalkan pemakanan yang sihat
  • Lindungi diri anda dari sebarang penyakit, contohnya elakkan dari berada berdekatan dengan orang yang sakit, pakai perlindungan muka (topeng) sewaktu melawat orang sakit, elakkan dari mendapat luka.
  • Anda mesti menggunakan kondom sewaktu melakukan hubungan seks untuk melindungi pasangan anda daripada dijangkiti AIDS
  • Jika anda adalah penagih dadah, hentikan tabiat ini. Jangan menyuntik dadah atau berkongsi jarum dengan penagih dadah yang lain.
  • Wanita yang dijangkiti AIDS perlu mengelakkan diri daripada hamil kerana mereka boleh memindahkan virus ini kepada bayi-bayi yang dikandung .

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes