Pendidikan Pencegahan Dadah



3.1.   Pengenalan

Penyalahgunaan DADAH telah lama menjadi massalah di seluruh dunia. Impaknya bukan sahaja melibatkan individu terbabit, kaum keluarga dan komuniti, bahkan juga memberi kesan negatif kepada tahap sosio ekonomi sesebuah negara. Tren penyalahgunaan DADAH mula menunjukkan perubahan dari DADAH yang berasaskan tumbuhan ( plant-based drugs ) kepada DADAH jenis sinthetik iaitu dadah yang dicipta menggunakan bahan kimia tertentu untuk kegunaan tertentu.

Penyalahgunaan DADAH di Malaysia sudah berada ditahap yang membimbangkan dan merupakan masaalah besar di nagara ini dan mula mengancam golongan remaja.  Senario di Malaysia menunjukkan peratusan penyalahguna dadah jenis sinthetik di kalangan remaja semakin meningkat dan keadaan ini membimbangkan kerana kaum remaja merupakan aset terpenting sesebuah negara. Memandangkan hakikat ini, perlu ada usaha pencegahan untuk membendung masaalah ini dari kian merebak. Remaja perlu didedahkan tentang bahaya dadah sinthetik ini supaya mereka tidak berani mengambil sekali pun mencubanya.

3.2.   Apa itu DADAH

Dadah didefinasikan sebagai sejenis bahan kimia yang memberi kesan ke atas otak dan fizikal.

Ciri-ciri DADAH

a.   Menghasilkan kesan yang ketara ke atas sistem saraf pusat disamping kesan fizikal.
b.   Menyebabkan pergantungan fizikal dan psikologikal.
c.   Menyebabkan keadaan tolerans iaitu satu keadaan dimana peningkatan dos dadah berkenaan diperlukan untuk menghasilkan kesan yang sama.
d.   Mendatangkan kesan kesihatan yang merbahaya dan mengganggu fungsi sosial individu terbabit.

3.3.    Jenis-jenis DADAH

Kumpulan Narkotik
Kumpulan Depressants
·   Opium
·   Morfin
·   Codeine
·   Heroin
·   Barbiturates
·   Methaqualone
·   Tranquilizer
·   Alkohol
Kumpulan Stimulants
Kumpulan Hallucinogen
·   Amphetamine
·   Methamphetamine (Syabu, Ice)
·   Methylenedioxymethamphetamine ( Ekstasi )
·   Kokain
·   Nikotin
·   Cafeine
·   LSD
·   PCP
Kumpulan Steroid
Marijuana / Cannabis
·   Dianabol
·   Nandrolone
·   Grass
·   Ganja
·   Hashis
Inhalants

·   Aerosol
·   Gum


3.4.    Apakah Penyalahgunaan DADAH?

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ), ciri-ciri penyalahgunaan dadah adalah seperti berikut :
i.    Penggunaan secara haram
ii.   Penggunaan diluar arahan dan tidak mengikut peraturan pegawai perubatan
iii.  Penggunaannya bukan untuk tujuan perubatan dan boleh memudaratkan kesihatan dari segi fizikal dan psikilogikal serta boleh menimbulkan masaalah sosial.

3.5.    Apakah Amphetamine Type Stimulants (ATS) ?

Stimulants adalah nama yang diberikan kepada kumpulan dadah yang menghasilkan kesan rangsangan yang ketara ke atas otak dan sistem saraf pusat disamping mampu merangsang aktiviti fizikal.

Amphetamine adalah sejenis dadah sinthetik yang tergolong dalam kategori ini. Amphetamine Type Stimulants (ATS) adalah gelaran yang diberi kepada sekumpulan dadah perangsang ( stimulants ) yang mempunyai struktur kimia dan menghasilkan kesan yang hampir sama dengan Amphetamine. Kesamaan struktur kimia dan kesan farmakologi ini disebabkan oleh dadah-dadah ini terhasil berasaskan Amphetamine.

Terdapat pelbagai jenis ATS. Setiap satunya mempunyai kesan khusus yang berbeza walaupun pada amnya mereka menghasilkan kesan yang hampir sama dengan induk mereka , Amphetamine. Walaubagaimanapun, Amphetamine, Metamphetamine (Syabu, Ice) dan Methylenedioxymethamphetamine (Ekstasi) merupakan ATS yang paling banyak disalahgunakan. Dadah-dadah ini boleh didapati dalam bentuk pil untuk ditelan atau dimasukkan ke dubur, dalam bentuk  serbuk untuk diambil secara hidu serta dalam bentuk larutan untuk diambil secara suntikan.

ATS disalahguna untuk menghasilkan kesan berjaga, kesan peningkatan tenaga, keseronokan dan menururnkan berat badan dengan mendadak. Antara golongan yang selalu menyalahguna ATS adalah pelajar universiti, pemandu lori, olahraga dan mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Ekstasi pula sering disalahguna oleh golongan remaja.

Mengikut sejarah, ATS dicipta untuk tujuan perubatan. Amphetamine dihasilkan pada awalnya sebagai ‘nasal inhaler’. Methamphetamine pula dikeluarkan untuk digunakan dalam perawatan asma. Oleh kerana ia berkeupayaan memberi kesan berjaga dan rasa bertenaga, ianya digunakan dengan banyaknya oleh para tentera semasa Perang Dunia Kedua. Oleh kerana kesan-kesan rangsangan yang begitu ketara dan  penggunaan yang begitu berleluasa berpunca dari kesenangan untuk mendapatkan bekalan pada ketika itu, ATS mula disalahgunakan.

Berlainan dengan Amphetamine dan Methamphetamine (Syabu, Ice), Methylenedixymethampetamine (Ekstasi ) tidak pernah dipasarkan. Ia dihasilkan dalam tahun 1913 di Jerman sebagai ubat yang boleh digunakan dalam perawatan kegemukan. Walaubagaimana pun ia tidak digunakan dalam preskripsi, sehinggalah dalam tahun 1970an sekumpulan kecil pakar psikiatri menggunakannya dalam perawatan penyakit mental tertentu dan sekitar awal 1980an penyalahgunaan Ekstasi mula meluas. Kajian-kajian mendapati bahawa Ekstasi mempunyai banyak kesan buruk terhadap kesihatan. Salah satu kesan yang bahaya adalah merosakkan sel-sel saraf di otak menyebabkan seseorang yang mengambil Ekstasi boleh mengalami gangguan ingatan, mengalami kemurungan dan psikosis.

Memandangkan hal ini, sebagai satu langkah pencegahan, penggunaan Ekstasi diharamkan oleh hampir semua negara didunia.

Berbagai usaha telah diambil untuk menyekat penyalahgunaan ATS. Selain dari pengharaman Ekstasi, bahan kimia asas yang dihasilkan untuk mengahsilkan ATS yang masih digunakan secara klinikal diletakkan dibawah kawalan. Walaubagaimanapun, oleh kerana terdapat permintaan terhadap dadah-dadah ini oleh pihak penyalahguna, mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menghasilkan ATS secara haram. Bahan-bahan kimia asas yang diperlukan dalam pembuatan ATS diseludup dan kebelakangan ini mereka menggunakan bahan kimia lain sebagai prekurser dalam mengahsilkan ATS.

Di Malaysia, penyalahgunaan ATS bermula sejak tahun 1996, apabila pelajar-pelajar yang balik dari menuntut di luar negara membawa masuk ATS. Dadah ATS yang sering disalahguna di Malaysia ialah Syabu dan Ekstasi. Penggunaan Syabu lebih tertumpu di Malaysia Timur. Data dari Agensi Dadah Kebangsaan ( ADK ) menunjukkan bahawa peratusan penagih Ats dan Syabu telah meningkat sejak kebelakangan ini dan apa yang membimbangkan, golongan remaja yang merupakan aset sesebuah negara turut terlibat dalam gejala ini.

Tahun
Peratus Penagih
1997
0.73%
1998
0.70%
1999
0.48%
Jan – Mac 2000
2.40%

Peratus penagih Amphetamine Type Stimulants ( ATS ) berbanding jumlah keseluruhan penagih yang dikesan bagi tahun 1997 hingga tiga bulan pertama tahun 2000
Sumber : ADK

Tahun
Peratus Penagih
1997
0.70%
1998
2.05%
1999
2.19%
Jan – Mac 2000
3.28%

Peratus penagih Syabu berbanding jumlah keseluruhan penagih yang dikesan bagi tahun 1997 hingga tiga bulan pertama tahun 2000
Sumber : ADK

3.6.   Faktor-faktor Yang Mendorong Kepada Pengambilan Ekstasi
Faktor-faktor ini dapat dibahagikan kepada faktor dalaman dan faktor luaran.

a)    Faktor dalaman

i.       Tidak tahu tentang bahaya ATS
ii.      Naluri ingin mencuba
iii.     Terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya
iv.     Tidak berani mengatakan TIDAK kepada ajakan rakan sebaya
v.      Tidak mempunyai moral dan pendidikan agama yang kukuh
vi.     Tidak mempunyai waja diri (ketahanan diri) dan jati diri untuk mengimbangi buruk baik sesuatu tindakan
vii.    Ingin lari dari kebosanan
viii.   Ingin lari dari masaalah
b)   Faktor luaran

i.       Berada di tempat-tempat yang mendedahkan mereka kepada pengaruh ATS
ii.      Pengaruh rakan sebaya
iii.     Kebosanan
iv.     Tekanan dan masaalah
v.      Kurang perhatian / kasih sayang ibubapa

3.7.   Kesan Penyalahgunaan ATS

Pengambilan ATS boleh menjerumuskan seseorang kepada beberapa masaalah yang boleh dikategorikan kepada :
(a)  Masalah kesihatan
(b)  Masalah sosial

(a)  Masalah Kesihatan :

i.    Kesan terhadap  psikologikal
ii.   Kesan terhadap fizikal

i.      Kesan psiokologikal :

a.    Tidak merasa letih sehingga kelesuan
b.    Hilang selera makan sehingga memudarakan kesihatan
c.    Gangguan tidur
d.    Rasa tidak menentu
e.    Kemurungan
f.        Tekanan perasaan yang teruk
g.    Kebergantungan - mememerlukan dadah ATS untuk boleh berfungsi seperti biasa
h.    Paranoia - rasa ketakutan yang tidak bertempat
i.         Schizophraenia ( Tidak siuman )

ii.    Kesan fizikal

a.   Sakit kepala
b.   Muntah
c.   Sakit badan disebabkan oleh kerosakan otot
d.   Peningkatan suhu badan yang melampau sehingga melebihi 40 darjah Celsius
e.   Meningkatkan tekanan darah
f.    Meningkat kadar denyut jantung sehingga menjadi tidak teratur dan boleh mengakibatkan serangan jantung
g.   Kegagalan jantung
h. Merosakkan organ-organ penting dalam badan seperti hepar dan ginjal ( buah pinggang )
i.    Kemandulan
j.    Mati pucuk
k.   Meningkatkan risiko jangkitan HIV dan penyakit AIDS ( pengambilan dadah melalui suntikan)
l.    Kematian

Dadah jenis Methamphetamine ( Syabu ) mengakibatkan pergantungan psikologikal yang ketara. Manakala peningkatan suhu yang melampau ( melebihi 40 darjan Celsius ) merupakan penyebab utama kematian disebabkan oleh pengambilan Ekstasi. Suhu yang tinggi ini akan menyebabkan seseorang itu mengalami sawan, pengsan dan berlaku perdarahan kerana kerosakan kepada sistem pembekuan darah.

(b) Masalah sosial

i.    Meningkatkan risiko salah laku seks - meningkatkan eksploitasi seks
ii.   Meningkatkan risiko kemalangan jalanraya - terlalu berkeyakinan, kecenderungan bertindak ganas dan mudah hilang pertimbangan.
iii. Meningkatkan kejadian jenayah - mencuri dan terlibat dengan pergaduhan
iv. Masaalah kekeluargaan dan sekolah
v.   Kurang produktif dan prestasi sekolah merosot

3.8.   Rawatan Kebergantungan / Penagihan ATS

i.    Tiada rawatan khusus
ii.   Melalui khidmat kaunseling disamping rawatan kepada kesan-kesan sampingan yang dialami
iii. Memerlukan komitmen yang tinggi dari individu terbabit
iv.  Memerlukan sokongan kaum keluarga dan komuniti

3.9.   Langkah-langkah Mencegah Penyalahgunaan ATS

Oleh kerana tiada rawatan khusus, pencegahan merupakan langkah terbaik. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah remaja dari terjerumus ke dalam masaalah penyalahgunaan ATS :
i.    Ketahui bahaya ATS dan jangan sesekali mengambil mahupun mencubanya.
Kaum remaja patut didedahkan kepada maklumat tentang bahaya penggunaan ATS
ii.   Elakkan dari berkunjung ke tampat-tempat yang mendedahkan kepada pengaruh ATS seperti tempat-tempat hiburan
iii. Dekatkan diri dan amalkan ajaran agama
iv. Berani mengatakan TIDAK kepada sebarang ajakan negatif
v.   Guna alternatif yang sihat untuk mengubati kebosanan
vi. Berbincang dengan mereka yang bertanggungjawab sekiranya bermasaalah seperti guru, kaunselor dan ibu bapa
vii. Pilih rakan sebaya yang bermoral dan berwawasan
viii.Amalkan gaya hidup sihat :
Tidur secukupnya      
Amalkan pemakanan sihat
Atur jadual harian dengan sempurna
Jadikan aktiviti senaman sebagai budaya hidup
Jauhi tabiat merokok dan jangan  mengambil minuman beralkohol



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes